Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM SEMARAK RAMADAN ANJURAN BERITA HARIAN (BH) DENGAN KERJASAMA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI)

13 Mac 2026

13 Mac 2026-Program Semarak Ramadan anjuran Berita Harian (BH) dengan kerjasama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) berjaya mendekatkan masyarakat dan komuniti Universiti Malaya (UM) melalui agihan bubur lambuk di Surau Al-Jami’ah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hari ini.
Program tersebut memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali peranan serta fungsi Jabatan Insolvensi Malaysia di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti dan komuniti setempat sempena bulan Ramadan.
Sebanyak 500 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada warga universiti dan komuniti sekitar selepas solat Jumaat sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan yang dilaksanakan sempena Ramadan.
Turut hadir Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pegawai Operasi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Encik Luqman Adrime Jaafar serta Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillainadan.
Program ini turut menjadi platform kerjasama antara media, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam mendekati masyarakat serta menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.