Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN OPERASI PASUKAN IBU PEJABAT KE MDI CAWANGAN KUCHING, SARAWAK
14-17 Julai 2025
Bagi memastikan proses pentadbiran kebankrapan dilaksanakan secara teratur dan efisien, pasukan Ibu Pejabat MdI telah turun padang ke MdI Cawangan Kuching, Sarawak bagi menjalankan Operasi Penyelesaian Laporan Bantahan Pelepasan bermula 14 hingga 17 Julai 2025.
Operasi ini bertujuan memberi sokongan teknikal kepada cawangan dalam menyelaras, memperkemas serta membantu mempercepat proses penyediaan laporan berkaitan.
Turut hadir, Puan Siti Noor Mazlifah binti Mokhtar, Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan, Ibu Pejabat MdI, yang turut bersama pasukan bagi membantu secara langsung pelaksanaan operasi dan memastikan segala proses berjalan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja MdI Cawangan Kuching atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan operasi ini.