Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN CERAMAH : SEMINAR SEHARI PENGURUSAN KEWANGAN BERISIKO

14 Julai 2025

🗓️ 14 Julai 2025
📌 Dewan Masjid Jame’ Al-Shahab, Kepala Batas, Kedah
Jabatan Insolvensi Negeri Kedah telah dijemput oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk menyampaikan ceramah sempena Seminar Sehari Pengurusan Kewangan Berisiko.
🎙️ Ceramah telah disampaikan oleh:
👤 En. Mohd. Zaini bin Mohd. Zaini (Pegawai Insolvensi Kanan I)
Fokus utama ceramah:
Memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai kepentingan merancang kewangan secara bijak bagi mengelakkan beban hutang keterlaluan yang boleh membawa kepada kebankrapan.
Ceramah ini turut membuka ruang kesedaran kepada penjawat awam bahawa selain menjalankan amanah tugas dengan berintegriti, mereka juga perlu bijak mengurus kewangan peribadi demi memastikan kestabilan hidup dan kesejahteraan jangka panjang.