Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)

14 November 2024

Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia(MdI) hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, YBrs. Tuan Azaddin Ngah Tasir.
Pertemuan ini antara lain bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam usaha membantu rakyat Malaysia menguruskan kewangan dengan lebih baik dan bebas daripada beban hutang.

Dengan kerjasama erat ini, MdI berharap dapat memberi impak positif dalam memupuk kesedaran kewangan serta membantu mereka yang terjejas.
Delegasi AKPK juga turut disertai oleh Puan Nor Fazleen Zakaria (Pengurus Besar), En. Muhamad Hizam Jamaludin (Ketua Jabatan Pengurusan Kredit Isi Rumah) dan Encik Mohamad Khalil Jamadin (Pengurus Khas Perhubungan Awam,Pejabat CEO).
Turut hadir ialah YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi (Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi) dan ketua-ketua Bahagian.