Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PENGUAT KUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
14 Ogos 2025
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu sesi libat urus yang berlangsung di Aras 3, Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat MdI.
Kunjungan ini telah disambut oleh YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi (Operasi) bersama pegawai-pegawai Jabatan Insolvensi Malaysia daripada pelbagai bahagian berkaitan.
Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Puan Nur Zatil Hidayah binti Ali, Penolong Kanan Pengarah Insolvensi dari Bahagian Likuidasi, yang memberi penerangan berkenaan peranan dan fungsi MdI dalam pengurusan kes-kes kebankrapan dan likuidasi.
Pihak KPDN turut menyampaikan pembentangan mengenai bidang kuasa serta fungsi Bahagian Penguat Kuasa, termasuk cabaran-cabaran operasi yang memerlukan kerjasama rentas agensi. Perbincangan dua hala yang berlangsung secara terbuka ini telah berjaya merungkai banyak persoalan dan kekeliruan, sebagaimana diakui sendiri oleh pihak KPDN.
Sesi ini mencerminkan komitmen MdI untuk terus memperkukuh jaringan strategik bersama agensi penguat kuasa lain bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, bersepadu dan responsif , selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.