Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA CAWANGAN IPOH, PERAK KE INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) SULTAN AZLAN SHAH

14 Ogos 2025

14 Ogos 2025 | Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Ipoh, Perak telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan dalam meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan generasi muda, khususnya pelatih ILKKM.
Kunjungan ini diketuai oleh Puan Adibah binti Abdul Kadir, Pengarah Insolvensi Negeri, bersama enam (6) orang pegawai MdI iaitu:
1. Puan Amira Ashikin binti Zulraini – Penolong Pegawai Tadbir
2. Puan Noor Atiqah binti Idris – Pegawai Insolvensi
3. Puan Siti binti Mohd Tajuddin – Pegawai Insolvensi
4. Puan Faizatul Sutiara binti Mohd Shuib – Pegawai Insolvensi
5. Puan Nor Yuhaini binti Mohd Radzi – Pegawai Insolvensi
6. Encik Mohamad Huzaifah bin Abd Aziz – Pegawai Insolvensi
Turut hadir menerima kunjungan ini ialah:
• Puan Fakriah binti Mat Hashim, Pengarah ILKKM Sultan Azlan Shah
• Encik Lim Ban Dang, Ketua Program Pembantu Kesihatan Awam (menanggung tugas Timbalan Hal Ehwal Pelatih)
Hasil perbincangan, satu tarikh pelaksanaan Program Literasi Kewangan telah dicadangkan iaitu pada 22 Oktober 2025. Pihak ILKKM menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan kesediaan untuk menjadi rakan kolaborasi dalam menjayakan program tersebut.
Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh usaha advokasi literasi kewangan dalam kalangan golongan muda.