Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM LITERASI KEWANGAN PERINGKAT IPTA/IPTS ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) NEGERI SELANGOR

15 Januari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah menganjurkan Program Literasi Kewangan bertajuk “Bankrap Belia: Kenapa dan Nak Buat Apa?” bertempat di Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang, Selangor pada 15 Januari 2026.
Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 1.30 petang ini telah disertai oleh kira-kira 200 orang pelajar, serta pegawai dan kakitangan MdI Selangor.
Program ini menampilkan ceramah literasi kewangan yang disampaikan oleh Puan Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor, kepada para pelajar bagi meningkatkan kefahaman mengenai kebankrapan belia, implikasi undang-undang serta kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan Jabatan Insolvensi Malaysia, meningkatkan kesedaran tentang kebankrapan belia dan implikasinya, serta menekankan kepentingan pengurusan kewangan berhemah bagi mengelakkan risiko keberhutangan tidak terkawal pada usia muda.
Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Profesional MARA Beranang, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor, para pegawai serta barisan urus setia atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
#jabataninsolvensimalaysia
#MdISelangor
#literasikewangan