Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM LITERASI KEWANGAN PERINGKAT IPTA/IPTS ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

15 Januari 2026

Sorotan Program Bicara Literasi Kewangan MdI Kuala Lumpur 2025 anjuran Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Kuala Lumpur bertempat di Universiti Kuala Lumpur (UNiKL) pada 15 Januari 2025.
Program Literasi Kewangan yang melibatkan pelajar IPTA/IPTS ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan UNiKL dan disertai seramai 100 orang pelajar tahun akhir daripada pelbagai fakulti. Turut hadir ialah Puan Rahni Kartini binti Abd Rahim, Pengarah Insolvensi Negeri.
Program ini menampilkan sesi bicara bertajuk “Smart Money Habits for Gen Z” yang telah disampaikan oleh Puan Aizatul Aina binti Mohamad Nizam, Penolong Pengarah Insolvensi Negeri, bersama Puan Noor Aziera Eurien binti A. Aziz, Timbalan Pengarah Kewangan Sektor Isi Rumah, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian termasuk ceramah interaktif mengenai asas pengurusan kewangan, tanggungjawab kewangan individu, proses kebankrapan di Malaysia serta kepentingan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Program turut diserikan dengan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada pelajar mendapatkan penjelasan lanjut serta berkongsi pandangan berkaitan isu kewangan semasa.
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Kuala Lumpur (UNiKL), para penceramah, barisan pegawai serta urus setia atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan penganjuran program ini.
#jabataninsolvensimalaysia
#MdIWPKL
#LiterasiKewanganMdI