Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024 BERSAMA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
15 Januari 2024
Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) telah diadakan pada 15 Januari 2024 (Isnin) di Dewan Saksama, Aras 2, Bangunan Hal Ehwal Undang-undang, tengah hari tadi.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa seterusnya tayangan video montaj “Imbasan Kejayaan Undang-undang dan Reformasi Institusi Tahun 2023”. Majlis diteruskan dengan Perutusan Amanat oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
YB Menteri turut membentangkan Pencapaian Inisiatif Tahun 2023 dan Cadangan Pelaksanaan Tahun 2024 serta Hala tuju reformasi Institusi Kerajaan Perpaduan semasa ucapan tersebut. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama seluruh warga Bangunan BHEUU.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU); YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman / Legal Aid Department (JBG); YBrs. Tuan M. Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI); YA Puan Yong Zarida binti Sazali, Pengerusi 3, Lembaga Penasihat (LP); YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan (BP); YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM (Human Rights Commission of Malaysia); YBhg. Datuk Professor Sundra Rajoo, Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia Asian International Arbitration Centre (AIAC); YBrs. Puan Noramilia bin Mohd Saad, Pengurus Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK); YBrs. Tuan Harith Sham bin Mohamed Yasin, Timbalan Ketua Pengarah INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP).