Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) KE JABATAN INSOLVENSI CAWANGAN SANDAKAN

15 November 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Sandakan telah berbesar hati menerima Lawatan Kerja Rasmi YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), pada 15 November 2025.
Ketibaan YB Timbalan Menteri disambut mesra oleh barisan pengurusan cawangan. Seterusnya, YB Timbalan Menteri dibawa melawat ke ruang pejabat untuk meninjau sendiri operasi pentadbiran MdI Sandakan dan mendalami keperluan semasa di peringkat cawangan.
Satu sesi taklimat komprehensif turut diadakan. Pembentangan ini meliputi perkembangan semasa cawangan dan diikuti dengan perbincangan terus bersama pihak pengurusan mengenai isu operasi dan cabaran-cabaran yang dihadapi di lapangan.
Lawatan ini amat signifikan dan memberi impak positif kepada MdI Sandakan. Ia bukan sahaja membuka ruang dialog langsung bersama kepimpinan atasan, malah turut memperkukuh kefahaman terhadap cabaran operasi sebenar di lapangan.
#MdISandakan
#jabataninsolvensimalaysia
#MalaysiaMADANI
#uuri