Galeri Foto
Photo Gallery
BRISKWALK MERDEKA 2025 : MDI CAWANGAN KUANTAN, PAHANG SEMARAK SEMANGAT PATRIOTISME LANGKAH KESIHATAN
15 Ogos 2025
Kuantan, Pahang | 15 Ogos 2025 (Jumaat)
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuantan, Pahang telah menganjurkan Program Briskwalk Merdeka yang bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara di samping menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warganya.
Program ini telah diketuai oleh Pengarah Insolvensi Negeri, Puan Haryati binti Abdullah, dengan penyertaan penuh semua kakitangan. Bermula dari perkarangan Bangunan Kuantan Centre Point, laluan briskwalk menyusuri indahnya benteng Sungai Kuantan sebelum berakhir semula di lokasi permulaan.
Aktiviti santai ini bukan sekadar senaman ringan, malah menjadi simbolik kepada kebersamaan, kekuatan dalaman, dan semangat kemerdekaan yang menyatukan semua lapisan warga kerja.
Objektif Program:
• Memupuk semangat patriotisme dan cinta negara melalui penglibatan aktif warga jabatan.
• Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif sebagai elemen penting dalam kesejahteraan penjawat awam.
• Mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dalaman menerusi aktiviti luar yang menyeronokkan.
• Menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan pendekatan inklusif, santai dan membina kekitaan.
Program seperti ini jelas mencerminkan komitmen MdI Kuantan dalam membentuk warga kerja yang sihat, bersatu dan berjiwa patriotik, seiring dengan nilai MADANI yang menjadi teras pentadbiran negara.