Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE MDI CAWANGAN KOTA KINABALU, SABAH
15 Ogos 2025
15 Ogos 2025 | MdI Cawangan Kota Kinabalu, Sabah telah menerima kunjungan rasmi Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, dalam satu sesi lawatan yang ringkas namun penuh makna.
Kehadiran YBhg. Dato’ KPI secara langsung telah menyuntik semangat dan motivasi kepada seluruh warga kerja cawangan. Walaupun masa lawatan agak singkat, namun impaknya amat besar dalam memupuk nilai kebersamaan serta menyemarakkan komitmen terhadap penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berintegriti.
Lawatan ini turut menjadi platform kepada warga kerja untuk terus memperkukuh iltizam dalam menjayakan dasar dan hala tuju Jabatan ke arah sistem pengurusan insolvensi yang progresif dan inklusif.
MdI Cawangan Kota Kinabalu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YBhg. Dato’ KPI meluangkan masa dalam lawatan ini. Semoga semangat yang dibawa terus menjadi inspirasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.