Galeri Foto

Photo Gallery

SOROTAN PERSIDANGAN INTERNATIONAL ASSOCIATION OF INSOLVENCY REGULATORS (AIR)

16 - 19 September 2024

Sorotan persidangan International Association of Insolvency Regulators (AIR) yang merupakan pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh badan kerajaan, kementerian, agensi dan pihak berkuasa daripada pelbagai bidang kuasa yang bertanggungjawab untuk menggubal perundangan, polisi dan mentadbir hal ehwal Insolvensi di negara masing-masing.
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) merupakan ahli IAIR dengan penyertaan semula pada Januari 2024. Persidangan tersebut telah diadakan di International Monetary Fund Building, Washington DC.
Dalam persidangan tersebut, YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi juga turut berucap berkenaan pentadbiran Insolvensi di Malaysia dan dihadiri bersama Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan, Puan Azniza binti Mohd Ali.

Â