Galeri Foto

Photo Gallery

MESYUARAT SESI KE-65, UNCITRAL WORKING GROUP V (INSOLVENCY LAW)

16-20 Disember 2024

Mesyuarat Sesi ke-65 Working Group V (Insolvency Law) telah berlangsung di Vienna International Centre, Vienna, Austria dari 16 Disember hingga 20 Disember 2024. 

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membangunkan dan menyeragamkan rangka kerja undang-undang antarabangsa bagi memastikan pengurusan insolvensi yang cekap dan adil dalam konteks rentas sempadan. 

 

Dua kertas kerja yang dibincangkan semasa sesi mesyuarat tersebut adalah Asset Tracing and Recovery in Insolvency Proceedings dan Applicable Law in Insolvency Proceedings. 

Delegasi Malaysia terdiri daripada YBhg. Datuk M Bakri Bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi dan Tuan Fazril Sani Bin Mohamed Fadzil, Pengarah Insolvensi Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Delegasi ini turut disertai oleh Puan Norhaslinda Binti Salleh, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Perundangan serta Tuan Mohamad Zainal Abidin Bin Ahmad, Pengurus, Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Perundangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

 

Delegasi Malaysia juga berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Ikram Bin Mohammad Ibrahim, Duta Besar Malaysia Ke Republik Austria dan Wakil Tetap Malaysia Ke Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa Di Vienna semasa tempoh tersebut.