Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM SANJUNG BUDI, TAUTAN KASIH KETUA PENGARAH INSOLVENSI DI MDI PULAU PINANG

16 Februari 2025

YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia bersama YBrs. Dr. Sallehuddin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, serta wakil daripada Unit Komunikasi Korporat MdI telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kedah pada 16 Februari 2025 (Ahad).
Lawatan kerja rasmi ini bertujuan untuk memperkukuh pentadbiran operasi cawangan, tata kelola, tadbir urus, dan pengurusan kewangan agar pengendalian kes-kes insolvensi dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan sistematik.
Lawatan ini telah menerima sokongan serta keterbukaan warga kerja MdI Kedah dalam mendengar amanat, teguran membina, dan pandangan daripada Pengurusan Tertinggi sebagai usaha penambahbaikan berterusan di peringkat negeri.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Puan Qatrin Nada binti Harun, Pengarah Insolvensi Negeri Cawangan Kedah.

Â