Galeri Foto
Photo Gallery
BICARA INTEGRITI BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI PAHANG
16 Julai 2025
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuantan, Pahang telah menganjurkan Program Bicara Integriti dengan menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang sebagai rakan kolaboratif pada 16 Julai 2025.
Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Maizatul Idzwie binti Mat Ali dari SPRM.
Program ini bertujuan untuk:
✅ Meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab penjawat awam
✅ Menyemai nilai integriti dalam pelaksanaan tugas seharian
✅ Memupuk kesedaran terhadap kepentingan budaya kerja berintegriti dalam perkhidmatan awam
Turut hadir, Puan Haryati binti Abdullah, Pengarah Insolvensi Negeri Pahang, yang memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program ini.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan positif daripada warga MdI Cawangan Kuantan.