Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KE STOR PENYIMPANAN KENDERAAN SYARIKAT PICKLES SDN. BHD.
16 Julai 2025
Petaling Jaya, 16 Julai 2025 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan lawatan kerja ke stor penyimpanan kenderaan milik syarikat pelelong terbesar di Malaysia, Pickles Asia Sdn. Bhd., yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Lawatan ini telah disantuni oleh Encik Ernest Wong, Pengurus Besar Pickles Asia Sdn. Bhd., bersama wakil syarikat.
Delegasi MdI diketuai oleh YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, dan turut disertai oleh:
• Encik Muhamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Insolvensi Bahagian Mahkamah
• Puan Rahni Kartini binti Abd Rahim, Pengarah Insolvensi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Sr. Roshdi bin Sabu, Pengarah Unit Pengurusan Aset Insolvensi
• Wakil dari Bahagian Kebankrapan & Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan MdI Putrajaya
• Pegawai dari MdI Cawangan Selangor dan Kuala Lumpur
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas berkenaan pengoperasian stor penyimpanan aset alih, memahami perkhidmatan yang ditawarkan, serta meninjau proses lelongan kenderaan yang dilaksanakan secara langsung oleh pihak syarikat.
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Pickles Asia Sdn. Bhd. atas kesudian menerima kunjungan ini serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi lawatan berlangsung.