Galeri Foto

Photo Gallery

UNDANGAN SEBAGAI PEMBENTANG DAN AHLI PANEL FORUM BAGI PERSIDANGAN PEGAWAI PEMATUHAN SE-MALAYSIA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) TAHUN 2025

16 Julai 2025

16 Julai 2025 | Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah dijemput sebagai pembentang dan ahli panel forum sempena Persidangan Pegawai Pematuhan Se-Malaysia Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tahun 2025, anjuran Bahagian Pengurusan Pematuhan, Ibu Pejabat JKDM.
MdI telah diwakili oleh Puan Pavani Kasi, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor bagi sesi forum bertajuk:
“Sinergi antara Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam Menangani Isu Pengauditan yang Melibatkan Ketirisan Hasil Negara.”
Antara intipati pembentangan MdI meliputi:
🔹 Carta alir proses kerja & kedudukan MdI dalam tuntutan aset
🔹 Fungsi dan tanggungjawab MdI dalam urusan liabiliti/tuntutan
🔹 Keperluan kerjasama strategik bersama JKDM
🔹 Cabaran dalam pelaksanaan kerjasama antara agensi
🔹 Kajian kes berkaitan tuntutan hasil negara
Persidangan ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), melicinkan proses kerja antara kedua-dua agensi, menyokong keperluan kerjasama rentas agensi dalam memastikan hasil negara ditadbir secara berkesan serta memperluas perkongsian kepakaran dalam pengesanan aset kerajaan.