Galeri Foto

Photo Gallery

PERBINCANGAN BERHUBUNG PENGURUSAN SUMBER SINARAN MILIKAN SYARIKAT YANG DALAM KEADAAN PENGGULUNGAN

16 Jun 2023

Satu perbincangan telah diadakan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia berhubung pengurusan sumber sinaran milikan syarikat yang dalam keadaan penggulungan. Delegasi Atom Malaysia telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Atom Malaysia, YBrs. Ts. Ibrahim Muhamad, Pegawai Undang-undang MOSTI dan pegawai kanan Jabatan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Insolvensi, Bahagian Likuidasi, Puan Nur Yusliana Yusoff. Di Kesempatan ini juga, Atom Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan kerjasama baik Jabatan Insolvensi Malaysia dalam usaha memastikan sumber sinaran milikan syarikat dalam keadaan penggulungan diurus dengan baik demi menjamin keselamatan pekerja, orang awam dan kelestarian alam sekitar.