Galeri Foto
Photo Gallery
KURSUS PENGURUSAN STRES JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) CAWANGAN KUCHING, SARAWAK
16 Oktober 2025
KUCHING, 16 Oktober 2025 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuching, Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Stres dengan penglibatan pegawai dan kakitangan jabatan.
Kursus ini disampaikan oleh Tuan Mohd Faisal bin Idris, Pegawai Psikologi, Jabatan Perdana Menteri, yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan teknik serta pendekatan berkesan dalam menguruskan stres, sama ada di tempat kerja mahupun dalam kehidupan seharian.
Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan pengurusan stres, di samping meningkatkan keupayaan mereka mengenal pasti punca tekanan serta menanganinya dengan cara yang sihat dan positif.
Antara objektif utama kursus ini ialah:
✅Memberi kesedaran mengenai kepentingan pengurusan stres dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja;
✅Meningkatkan keupayaan peserta mengenal pasti punca tekanan dan cara menanganinya dengan berkesan;
✅Membekalkan teknik dan strategi praktikal untuk mengurus tekanan dengan sihat;
✅Meningkatkan motivasi dan semangat kerja dalam kalangan pegawai serta kakitangan jabatan;
✅Menyokong komitmen Jabatan dalam memelihara kesejahteraan mental dan emosi warga MdI selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan tahap motivasi, produktiviti, serta membentuk budaya kerja yang positif dan harmoni dalam kalangan warga MdI Cawangan Kuching, seiring dengan usaha Jabatan memperkukuh kesejahteraan mental dan emosi warga kerja.

#MdIKuching
#jabataninsolvensimalaysia
#UURI
#MalaysiaMADANI