Galeri Foto
Photo Gallery
SESI PERKONGSIAN CERAMAH BERTAJUK PENGHASILAN ASET/HARTA KEBANKRAPAN DAN LIKUIDASI SERTA PERLETAHAKAN DALAM SIRI KURSUS PENSIJILAN PENTADBIRAN TANAH
16 Oktober 2024
Sesi perkongsian ceramah bertajuk Penghasilan Aset/Harta Kebankrapan dan Likuidasi serta Perletahakan dalam Siri Kursus Pensijilan Pentadbiran Tanah bertempat di UTM Space, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.Ceramah telah disampaikan oleh Pengarah Insolvensi Negeri, MdI WP Kuala Lumpur, Puan Rahni Kartini Binti Abd Rahim pada Rabu, 16.10.2024.
Peserta melibatkan para Pengawai serta Penolong Pegawai Pentadbir Tanah daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).
Peserta kursus telah diberikan input berhubung prosedur, keperluan dan kesan kebankrapan serta penggulungan syarikat.
Contoh-contoh praktikal telah diberikan bagi memperkasakan lagi pemahaman Peserta.
Disamping itu, perkongsian dibuat mengenai isu dan masalah yang dihadapi dalam perletakhakan serta cadangan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada pihak UTM Space serta INSTUN atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Diharapkan kolaborasi berterusan dapat membuahkan hasil tuaian lumayan pada masa akan datang.