Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT RHB BANK BERHAD KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI) NEGERI TERENGGANU

17 Julai 2025

📅 17 Julai 2025 |
📍 Jabatan Insolvensi Negeri Terengganu
MdI Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi RHB Bank Berhad dalam satu sesi interaksi yang bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala antara RHB Bank dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Pertemuan ini memberi ruang untuk memperkenalkan pegawai-pegawai RHB Bank yang terlibat dalam pengurusan penyelesaian pasca kebankrapan serta penggulungan syarikat, di samping membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan pentadbiran kes secara lebih efisien.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Ahmad Salam bin Yusof, Pengarah Insolvensi Negeri Terengganu bersama pegawai-pegawai MdI Terengganu serta wakil-wakil dari RHB Bank Berhad yang diketuai oleh Tuan Muhammad Khairul Sidik.
Komitmen bersama ini diharapkan dapat memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih tersusun dan responsif kepada keperluan semasa.