Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN 2026 JABATAN INSOLVENSI JOHOR BAHRU

17 Mac 2026

PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN 2026
JABATAN INSOLVENSI JOHOR BAHRU
Program yang telah dianjurkan pada 17 Mac 2026 ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan serta memupuk budaya membaca dan memahami Al-Quran dalam kalangan warga Jabatan Insolvensi Johor Bahru.
Melalui aktiviti tadarus yang dijalankan secara berkumpulan, para peserta berpeluang memperbaiki bacaan serta menghayati isi kandungan Al-Quran. Program ini telah diakhiri dengan majlis khatam Al-Quran sebagai simbol penyempurnaan bacaan sepanjang bulan Ramadan.
Selain itu, program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan warga jabatan.
Â