Galeri Foto

Photo Gallery

MEMPERKASA PENGURUSAN DAN PENGHASILAN ASET INSOLVENSI : INISIATIF STRATEGIK BERSAMA RAKAN PELAKSANA LELONGAN TRAS AUCTION

17 Oktober 2025

PUTRAJAYA, 17 OKTOBER 2025 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengambil satu lagi langkah proaktif dalam memperkasakan tadbir urus aset dengan menganjurkan sesi perbincangan strategik bersama rakan pelaksana lelongan, iaitu wakil daripada Mechanikos Sdn Bhd dan Mechatras Sdn Bhd, pengendali platform Tras Auction.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk memperhalusi mekanisme kerjasama sedia ada dan merangka inisiatif baharu, bagi memastikan proses pelupusan aset bagi kes-kes kebankrapan dan penggulungan syarikat di bawah pentadbiran MdI mencapai tahap kecekapan dan pulangan nilai yang optimum dalam tempoh masa yang minima.
Perbincangan ini telah membuahkan hasil strategik yang signifikan. Tumpuan utama bukan sahaja diberikan kepada pemantapan proses lelongan bersepadu melalui sinergi platform digital dan fizikal, tetapi turut merintis jalan bagi penganjuran sebuah Karnival Jangkauan Awam & Literasi Kewangan berskala besar. Inisiatif bersama Mechanikos Sdn Bhd ini dirangka secara menyeluruh untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan MdI sebagai agensi pembimbing pemulihan kewangan, menyemarakkan kefahaman mengenai proses lelongan yang telus, dan paling utama, memperkasakan masyarakat khususnya golongan muda dengan ilmu pengurusan hutang dan tanggungjawab kewangan yang mampan.
Inisiatif berimpak tinggi ini mencerminkan komitmen holistik MdI bukan sahaja dalam menguruskan insolvensi, tetapi juga dalam mendidik dan memperkasa masyarakat. Kerjasama erat dengan rakan pelaksana seperti Mechanikos Sdn Bhd Dan Mechatras Sdn Bhd adalah tunjang bagi memastikan setiap aset dapat direalisasikan pada nilai terbaik dalam tempoh yang paling munasabah.


#jabataninsolvensimalaysia
#MalaysiaMADANI
#uuri