Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM MAHKAMAH BERGERAK URBAN

18-19 Mei 2024

Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kota Kinabalu telah dijemput untuk turut serta dalam Program Mahkamah Bergerak Urban yang diadakan di Dewan Sri Sulaman Tuaran, Sabah dengan pembukaan reruai, yang memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada penduduk di daerah tersebut. Turut hadir ialah Tuan Mohd Nazri bin Omran, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah. Reruai Jabatan Insolvensi Malaysia turut dikunjungi oleh YB Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau, Ahli Parlimen Tuaran, serta Ketua Daerah, Dato Mohd Zain bin Datuk Haji Dahlan.