Galeri Foto
Photo Gallery
MESYUARAT KHIDMAT PERUNDING KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMERBADANAN/PENGKORPORATAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA BERSAMA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
18 Februari 2025
YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, telah mempengerusikan mesyuarat bersama para akademik, penyelidik, dan perunding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ramalingam a/l A. Rajamanickam, Pakar Rujuk Akademik.
📍 Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Jabatan Insolvensi Malaysia, Putrajaya, mesyuarat ini bertujuan mendapatkan pandangan awal serta kajian berhubung kebolehlaksanaan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia.
🔍 Kajian ini menjadi platform penting bagi menilai kesan jangka panjang pemerbadanan, termasuk aspek:
✅ Perjawatan & Sumber Manusia
✅ Kewangan & Tatakelola
✅ Kebajikan Kakitangan
👥 Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua-Ketua Unit di Jabatan Insolvensi Malaysia.
💡 Perbincangan ini diharapkan dapat menyediakan gambaran menyeluruh serta hala tuju terbaik bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia pada masa hadapan.