Jabatan Insolvensi Malaysia telah dijemput oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk Sesi Dialog Etika MCMC 2024 bersama 30 orang staf & 400 peserta secara atas talian. Sesi Dialog Etika II : ‘Etika Kewangan – Keberhutangan Yang Serius Membawa Padah’ telah disampaikan oleh Puan Zarina binti Alias, Pegawai Insolvensi Utama, Jabatan Insolvensi Malaysia.