Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK UBAH SUAI RUANG PEJABAT MDI NEGERI KEDAH
18 November 2025
Pada 18 November 2025, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kedah telah menerima penyerahan rasmi projek kerja-kerja ubah suai ruang bekas pejabat Mahkamah Perusahaan kepada Bilik Mesyuarat dan Bilik Perbincangan baharu.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah; YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MdI; serta YBrs. Puan Qatrin Nada binti Harun, Pengarah Insolvensi Negeri Kedah.
Ubah suai yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan kelancaran operasi pentadbiran, menyediakan fasiliti mesyuarat yang lebih kondusif serta mewujudkan ruang perbincangan yang lebih teratur bagi kegunaan pegawai dan pihak berkepentingan.
Penambahbaikan ini turut mencerminkan komitmen MdI dalam memperkukuh kualiti persekitaran kerja dan meningkatkan kecekapan pengurusan kes di peringkat negeri.
MdI Negeri Kedah mengucapkan penghargaan kepada JKR Negeri Kedah atas pelaksanaan projek yang berjalan lancar serta kerjasama strategik yang diberikan.
#MdIKedah
#jabataninsolvensimalaysia
#uuri
#MalaysiaMADANI