Galeri Foto

Photo Gallery

PENYERTAAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA DALAM MINGGU INTEGRITI PERINGKAT KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA TAHUN 2025

18 November 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menyertai reruai pameran sempena Minggu Integriti Peringkat Kementerian Perpaduan Negara Tahun 2025, yang berlangsung pada 18 November 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Damar Sari, Blok F8, Kompleks F Putrajaya.
Penyertaan MdI dalam program ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan MdI dalam pengurusan insolvensi serta memupuk kesedaran tentang kepentingan integriti dalam pengurusan kewangan peribadi.
Reruai pameran turut menyediakan maklumat berkaitan Dasar Peluang Kedua, proses pentadbiran kebankrapan, akses perkhidmatan e-Insolvensi serta khidmat nasihat bagi pertanyaan awam.
Penyertaan ini merupakan inisiatif berterusan MdI dalam memperkukuh penyampaian maklumat, meningkatkan literasi kewangan masyarakat serta menyokong agenda integriti di peringkat kerajaan.
Jabatan turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas MdI yang telah memastikan kelancaran penyertaan pameran ini melalui komitmen dan dedikasi yang tinggi.
#jabataninsolvensimalaysia
#MalaysiaMADANI
#uuri
#literasikewanganMdI