Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA KE UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

18 Ogos 2025

🗓️ 18 Ogos 2025
📍 Bilik Mesyuarat, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni (HEPA), UniSZA
Jabatan Insolvensi Negeri Terengganu telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan tinggi.
Matlamat utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan potensi jalinan kerjasama antara MdI Terengganu dan UniSZA dalam pelaksanaan Program Literasi Kewangan di peringkat universiti. Inisiatif ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada golongan pelajar dalam memahami aspek pengurusan kewangan dan isu kebankrapan di peringkat awal.
Wakil MdI Terengganu:
• Tuan Ahmad Salam bin Yusof
(Pengarah Insolvensi Negeri)
• Puan Marhamah binti Usoh @ Yusoff (Pegawai Insolvensi)
• Cik Nurul Aliss Khan binti Mohamad Ishaq (Pegawai Insolvensi)
Wakil UniSZA:
• Dr Hazrin Izwan bin Che Haron @ Shafiee
(Ketua Bahagian Pengurusan Penjanaan Strategik, Pejabat Bendahari)
• Cik Nurul Syuhada binti Md Rawi
(Penolong Pejabat Bendahari)
• Cik Wan Arina Hazwani binti Wan Mokhtar
(Pegawai Tadbir, Pejabat Bendahari)
Diharapkan kerjasama ini dapat membantu memperkukuh kesedaran kewangan dalam kalangan pelajar dan belia, seiring dengan usaha mendidik generasi muda agar lebih celik kewangan.


#jabataninsolvensimalaysia
#MdITerengganu
#MadaniBekerja
#MalaysiaMadani
#UURI
#literasikewangan
#literasikewangan