Galeri Foto

Photo Gallery

KEJOHANAN BOLING KELAB KEBAJIKAN SUKAN DAN REKREASI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA PUTRAJAYA (KESURIM) 2025

18 Oktober 2025

PUTRAJAYA, 18 Oktober 2025 – Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Jabatan Insolvensi Malaysia Putrajaya (KESURIM) telah menganjurkan Kejohanan Boling KESURIM 2025 bertempat di Ampang Superbowl, Bangi Gateway.
Program yang berlangsung penuh semangat ini turut mendapat sokongan padu daripada seluruh warga Jabatan, dengan penyertaan pegawai dan kakitangan dari pelbagai bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja Jabatan.
Turut hadir memeriahkan acara ialah YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Penasihat Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Jabatan Insolvensi Malaysia Putrajaya (KESURIM), yang menyokong usaha berterusan kelab dalam memperkukuh kebersamaan dan kesejahteraan warga kerja melalui aktiviti riadah.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menceriakan warga kerja tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh semangat berpasukan dan budaya kerja positif dalam kalangan ahli KESURIM serta seluruh warga Jabatan Insolvensi Malaysia.

#kesurim
#jabataninsolvensimalaysia