Galeri Foto

Photo Gallery

PEMBUKAAN RERUAI PAMERAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA SEMPENA ASEAN LAW FORUM 2025

19-21 Ogos 2025

🌐ASEAN LAW FORUM 2025
📅 19 – 21 Ogos 2025
📍 Kuala Lumpur Convention Centre
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah turut serta dengan membuka reruai pameran sempena ASEAN Law Forum 2025 anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Sepanjang tiga hari pameran (19 hingga 21 Ogos 2025), pelbagai aktiviti interaktif telah disediakan untuk para pengunjung, antaranya:
✅ Khidmat nasihat & konsultasi berkaitan kebankrapan, penggulungan syarikat, pembatalan pertubuhan & kesatuan sekerja
✅ Semakan status kebankrapan & penggulungan syarikat secara percuma
✅ Pocket talk
✅ Quick quizzes & Kahoot
Reruai ini menjadi platform perkongsian maklumat, meningkatkan kesedaran serta memperkukuh pemahaman masyarakat mengenai peranan dan perkhidmatan MdI.
Turut hadir menyantuni pengunjung di reruai pameran ialah Puan Rahni Kartini binti Abdul Rahim, Pengarah Insolvensi Negeri WPKL, bersama barisan pegawai MdI.
Tahniah & terima kasih diucapkan kepada semua petugas serta pasukan Unit Komunikasi Korporat MdI WPKL yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyertaan MdI sepanjang tiga hari pameran ini.