Galeri Foto

Photo Gallery

MAJLIS AGIHAN JUADAH IFTAR RAMADAN OLEH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) BERSAMA WARGA BANGUNAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG.

19 Mac 2025

YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) pada hari ini telah meraikan dan menyantuni seluruh warga kerja Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, JPM bagi menyempurnakan Majlis Agihan Juadah Iftar Ramadan pada 20 Ramadan 1446 Hijrah bersamaan 19 Mac 2025 bertempat di Lobi BHEUU.

Majlis pada hari ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), YBhg. Datuk M. Bakri bin Abd. Majid, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) serta seluruh warga kerja BHEUU, JBG dan MdI.

Jutaan terima kasih diucapkan buat YB Dato’ Sri Azalina Othman Said di atas kesudian YB Menteri untuk bersama-sama berkongsi rezeki bersama kami dan semoga YB Menteri dikurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hendaknya.
Salam ramadan diucapkan buat semua!