Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) CAWANGAN SANDAKAN
19 November 2025
19 November 2025 | YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Sandakan bagi meninjau pelaksanaan pentadbiran insolvensi serta tahap keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Hadir sama dalam lawatan ini ialah YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, serta YBrs. Puan Stephanie Sherron Abbie, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah.
Sesi taklimat disampaikan oleh Puan Angelina Evita Moigol, Ketua Cawangan MdI Sandakan, yang membentangkan ringkasan operasi cawangan termasuk jumlah kes aktif, kemajuan pengurusan kes, serta statistik pelepasan bagi tahun semasa.
Dalam ucapannya, YB Menteri menegaskan kepentingan memperkukuh usaha outreach untuk memastikan individu bankrap di luar bandar tidak tercicir daripada maklumat, bantuan pentadbiran dan peluang pelepasan. Beliau turut menyarankan pengukuhan kerjasama antara MdI dan agensi setempat bagi memudahkan capaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YB Menteri serta sesi interaksi bersama kakitangan MdI Sandakan.
#MdISandakan
#jabataninsolvensimalaysia
#uuri
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI