Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM LITERASI KEWANGAN PERINGKAT IPTA ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI PAHANG

19 November 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Program Literasi Kewangan Peringkat IPTA bertempat di Dewan Kompleks UMPSA Holdings, Gambang pada 19 November 2025.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Hormat Dato’ Zaliza bin Zulkpili, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, yang hadir mewakili YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
Program ini menghimpunkan para pelajar dan warga akademik sebagai usaha memperkukuh kesedaran serta disiplin kewangan dalam kalangan generasi muda. Inisiatif ini juga merupakan kesinambungan usaha berterusan MdI dalam mendidik golongan belia mengenai kepentingan perancangan kewangan yang bijak dan bertanggungjawab.
Antara pengisian utama ialah forum “Jom Urus Duit, Biar Hidup Lit!” yang menampilkan panel daripada Malayan Banking Berhad, AKPK Kuantan, serta pempengaruh media sosial Encik Muhammad Noor bin Zakaria (Madnor), yang berkongsi pandangan mengenai pengurusan wang, perancangan kewangan awal dan risiko gaya hidup berbelanja tanpa kawalan.
Tahniah diucapkan kepada MdI Negeri Pahang atas penganjuran program yang berimpak tinggi ini, yang berjaya menarik penyertaan golongan muda serta memperkukuh usaha literasi kewangan di peringkat negeri.
Penghargaan turut dirakamkan kepada rakan kolaborasi UMPSA dan semua agensi yang terlibat atas sokongan dalam menjayakan program ini.
Turut hadir ialah YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi.
#MdIPahang
#jabataninsolvensimalaysia
#MalaysiaMADANI
#UURI
#literasikewanganMdI