Galeri Foto

Photo Gallery

KARNIVAL SUKAN 3 PENJURU KUKUHKAN JALINAN ANTARA JABATAN

19 Oktober 2025

Karnival Sukan 3 Penjuru telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan daripada Jabatan Penilaian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Ipoh, Perak.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Kamal bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penilaian MBI, yang turut menyampaikan ucapan ringkas menekankan kepentingan gaya hidup sihat dan semangat kesukanan dalam kalangan warga jabatan.
Antara acara yang dipertandingkan ialah sukan dart dan karom, yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, persahabatan dan kerjasama antara ketiga-tiga jabatan.
Penganjuran program ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim, di samping memupuk semangat berpasukan serta budaya kerja positif dalam kalangan penjawat awam.