Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM LITERASI KEWANGAN PERINGKAT IPTA/IPTS ANJURAN JABATAN INSOLVENSI NEGERI TERENGGANU DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

2 Disember 2025

Program Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS anjuran Jabatan Insolvensi Negeri Terengganu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu pada 2 Disember 2025.
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Siti Noor Mazlifah, Pengarah Bahagian Kebankrapan, Ibu Pejabat MdI, yang mewakili YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Terengganu.
Sesi forum turut menampilkan barisan panel daripada:
• Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
• Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
• Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
• Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)
Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan wang, isu keberhutangan, pencegahan kebankrapan serta kepentingan membuat perancangan kewangan dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS.
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Puan A’thifah binti Ibrahim, Pengarah Insolvensi Negeri Terengganu, serta seluruh barisan urus setia atas usaha dan komitmen penganjuran program ini.
MdI turut mengucapkan terima kasih kepada rakan strategik, terutamanya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas kerjasama erat dan sokongan padu dalam menjayakan inisiatif literasi kewangan ini.
#MdITerengganu
#JabatanInsolvensiMalaysia
#Literasikewangan
#uuri
#MalaysiaMADANI