Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH : CERAMAH KESEDARAN KEWANGAN SEMPENA PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA TAHUN 2025

2 Julai 2025

🗓️Tarikh: 2 Julai 2025 (Rabu)
📍 Tempat: Dewan Anggerik, Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah dijemput sebagai penceramah dalam Program Pengurusan Kewangan anjuran Unit Psikologi, Seksyen Sumber Manusia, DOSM yang bertujuan meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan warga kerja jabatan.
Ceramah bertajuk “𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐢𝐤 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐃𝐢𝐢𝐬𝐲𝐭𝐢𝐡𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐤𝐫𝐚𝐩: 𝐇𝐚𝐤, 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 & 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 ” telah disampaikan oleh Puan Nur Syazana binti Zambri, Penolong Kanan Pengarah Insolvensi, Bahagian Kebankrapan.
Sesi ini memberi pendedahan mengenai proses kebankrapan, hak individu bankrap, saluran pelepasan serta peranan Jabatan dalam memberi peluang kedua kepada individu bankrap.
Sempena program ini, MdI turut membuka Kaunter Perkhidmatan yang menyediakan:
✅ Semakan status kebankrapan dan penggulungan syarikat secara PERCUMA; dan
✅ Khidmat nasihat / konsultasi bersama pegawai MdI
MdI turut menyeru masyarakat agar tidak berasa takut atau segan untuk berurusan dengan Jabatan. Sebaliknya, masyarakat digalakkan untuk memahami bahawa MdI berperanan sebagai pemudah cara dan sentiasa bersedia membantu individu bankrap serta orang awam yang ingin mendapatkan maklumat awal berkenaan kebankrapan melalui saluran yang betul.