Galeri Foto

Photo Gallery

TAKLIMAT LITERASI KEWANGAN : “APA ITU KEBANKRAPAN, HAK ANDA, PILIHAN ANDA”

2 Julai 2025

🗓️ Tarikh: 2 Julai 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Mess PRP, Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Ipoh, Perak telah dijemput oleh Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Briged Utara untuk menyampaikan taklimat sempena Program Pengintegrasian Pendidikan Literasi Kewangan Briged Utara.
Program ini telah dirasmikan oleh YDH Komander Briged Utara, SAC Shahrum Hashim.
Taklimat telah disampaikan oleh:
Puan Ros Azizi binti Abu Bakar
Ketua Unit Kebankrapan, Jabatan Insolvensi Cawangan Ipoh, Perak
Tajuk Taklimat:
“𝐀𝐩𝐚 𝐈𝐭𝐮 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐤𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧: 𝐇𝐚𝐤 𝐀𝐧𝐝𝐚, 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚”
Objektif taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran tentang pengurusan kewangan peribadi serta isu-isu berkaitan kebankrapan dalam kalangan penjawat awam, khususnya Pegawai Rendah Polis (PRP) Briged Utara.
Usaha ini melambangkan komitmen berterusan MdI dalam memperluas penyampaian maklumat berkaitan insolvensi secara jelas, tepat dan mudah difahami – seiring dengan usaha memperkasa literasi kewangan dalam kalangan penjawat awam serta menyokong aspirasi Malaysia MADANI.