Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM LAWATAN TAPAK OLEH KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE KAMPUNG ANGKAT MADANI BAGI PELAKSANAAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI 2026 - JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

2 Mac 2026

2 Mac 2026 – Ketua Pengarah Insolvensi (KPI), YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri telah mengadakan lawatan tapak ke Kampung Parit 9, Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor bersempena pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI 2026 Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Lawatan tersebut turut melibatkan sesi perbincangan ringkas bersama wakil kampung dan sekolah bagi mendapatkan maklum balas serta melihat keperluan pembangunan setempat.
Dalam rangka lawatan, YBhg. Dato’ KPI turut melawat masjid, surau dan Sekolah Kebangsaan Parit 9 serta meninjau sekitar kawasan sekolah bagi menilai kemudahan dan persekitaran komuniti.
Program ini mencerminkan komitmen MdI dalam menyokong agenda pembangunan komuniti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.