Galeri Foto
Photo Gallery
CERAMAH KEBANKRAPAN : PENYELESAIAN ALTERNATIF KEPADA INSOLVENSI
20 Februari 2025
📍 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kota Kinabalu, Sabah telah dijemput mengadakan Ceramah Kebankrapan bertajuk “Penyelesaian Alternatif kepada Insolvensi” bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
Ceramah ini dihadiri oleh 120 orang peserta yang terdiri daripada anggota dan pegawai polis, serta turut disaksikan oleh YDP ACP Datin Laila binti Haji Sagir, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Fadhli bin Mohd. Adzmi, Pegawai Insolvensi MdI Kota Kinabalu.
Program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat memberi pendedahan berguna kepada peserta mengenai isu kebankrapan serta kaedah penyelesaian yang boleh diambil bagi menangani situasi ini secara efektif.