Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM SANJUNG BUDI, TAUTAN KASIH KETUA PENGARAH INSOLVENSI DI CAWANGAN KOTA KINABALU, SABAH
20 Februari 2025
YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, bersama YBrs. Dr. Sallehuddin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan serta wakil dari Unit Komunikasi Korporat, MdI, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke MdI Cawangan Kota Kinabalu, Sabah.
🔹 Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh pentadbiran operasi cawangan, mempertingkatkan tata kelola, tadbir urus, serta memastikan pengurusan kewangan yang lebih sistematik.
🤝 Kehadiran Ketua Pengarah Insolvensi disambut mesra oleh Puan Stephanie Sherron Abbie, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah, serta warga kerja MdI Sabah. Program ini juga memberi ruang kepada warga cawangan untuk berkongsi pandangan, cadangan, serta menerima amanat, teguran, dan nasihat bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan.
YBhg. Datuk KPI juga menzahirkan penghargaan atas dedikasi dan komitmen warga kerja MdI Sabah dalam melaksanakan tugas mereka. Beliau berharap agar setiap pegawai terus bekerja dengan penuh integriti dan semangat berpasukan demi memastikan pentadbiran MdI yang lebih cekap dan berkesan.