Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN KERJA RASMI YB TUAN M. KULA SEGARAN, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU.

20 Jun 2024

Lawatan singkat ini antara lain bertujuan untuk bertemu dengan warga kerja serta membincangkan pelbagai isu berkaitan operasi dan perkhidmatan jabatan ini terutamanya berkaitan permohonan pelepasan kebankrapan di bawah Dasar Peluang Kedua.
YB Timbalan Menteri juga berkesempatan untuk menyerahkan Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi kepada beberapa orang individu yang telah mendapat pelepasan di bawah Seksyen 33A Akta 360. Turut hadir ialah YBrs. Tuan M. Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia dan wakil daripada Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.