Galeri Foto

Photo Gallery

MESYUARAT RANGKA KERJA KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH BAGI PELAKSANAAN RANG UNDANG-UNDANG (RUU) INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2025

21 Januari 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah-Kaedah dijadualkan bersidang pada 3 Februari 2026 bagi membentangkan cadangan pindaan kepada Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Pindaan ini bertujuan untuk menetapkan prosedur pelaksanaan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025.
Sebagai persediaan rapi, satu sesi perbincangan awal telah diadakan pada 22 Januari 2026 bagi memperhalusi rangka kerja kaedah mahkamah tersebut.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Insolvensi (Bahagian Dasar dan Perundangan),bagi memastikan setiap aspek perundangan diselaraskan dengan sempurna sebelum pembentangan rasmi dibuat.
#jabataninsolvensimalaysia
#insolvensirentassempadan
#cbi