Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM LITERASI KEWANGAN PERINGKAT IPTA/IPTS ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) ZON SARAWAK

21 Januari 2026

Program Perdana Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS anjuran Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Zon Sarawak telah berjaya dilaksanakan pada 21 Januari 2026 bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak.
Program yang mengangkat tema “From Campus to Career: Kecilkan Hutang, Besarkan Simpanan” ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar institusi pengajian tinggi terhadap kepentingan pengurusan kewangan berhemah sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan kehidupan dewasa.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Adibah Husna binti Zainal Abidin, Pengarah Insolvensi Negeri Sarawak. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pendidikan kewangan awal sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan masalah keberhutangan dan kebankrapan dalam kalangan belia.
Program ini turut menampilkan sesi forum literasi kewangan yang telah dikendalikan oleh Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Insolvensi Bahagian Dasar dan Perundangan, Jabatan Insolvensi Malaysia.
Sesi forum ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pandangan berhubung pengurusan kewangan, perancangan hutang serta realiti kewangan yang bakal dihadapi oleh graduan selepas tamat pengajian.
Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Politeknik Kuching Sarawak, Pengarah Insolvensi Negeri Sarawak, para panel, moderator, rakan kerjasama serta seluruh barisan urus setia atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
#jabataninsolvensimalaysia
#MdISarawak
#literasikewanganmdi
#uuri