Galeri Foto

Photo Gallery

MESYUARAT PENYEDIAAN BAJET PENGURUSAN TAHUN 2027 DAN BAJET AMANAH TAHUN 2026 JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

14-17 Januari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan Mesyuarat Penyediaan Bajet Pengurusan Tahun 2027 dan Bajet Amanah Tahun 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 14 hingga 17 Januari 2026 (Rabu hingga Sabtu).
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan kewangan jabatan secara menyeluruh bagi memastikan pengurusan peruntukan yang lebih strategik, berhemah dan selari dengan keutamaan pelaksanaan program serta fungsi jabatan di peringkat ibu pejabat dan cawangan.
Sepanjang mesyuarat, pembentangan telah dibuat oleh setiap Bahagian dan unit di Ibu Pejabat serta cawangan-cawangan MdI, meliputi cadangan peruntukan, keperluan operasi, perancangan program serta unjuran perbelanjaan bagi tahun kewangan akan datang. Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada penambahbaikan kecekapan pengurusan sumber kewangan dan penyelarasan keutamaan jabatan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi (Pengurusan) serta Puan Shazrina binti Mohd Hanifiah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.
Jabatan Insolvensi Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak urus setia atas komitmen, dedikasi dan pengurusan yang cekap sepanjang penganjuran mesyuarat ini.