Galeri Foto
Photo Gallery
JELAJAH INSOLVENSI DASAR PELUANG KEDUA, JABATAN INSOLVENSI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BIL.4/2024
21 Julai 2024
Jabatan Insolvensi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama MPPWP Subzon 6 Parlimen Setiawangsa telah mengadakan Program “Jelajah Insolvensi Bersama Komuniti Parlimen Setiawangsa, Kuala Lumpur”.
Taklimat Kebankrapan dan Dasar Peluang Kedua telah disampaikan oleh Pengarah Insolvensi Negeri WPKL, Puan Rahni Kartini Binti Abdul Rahim.
Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi ,YBrs. Puan Azwarnida Binti Affandi , Penolong Pengarah Insolvensi WPKL, Tuan Abdul Khaliq Bin Nazeri, Ketua Pejabat Parlimen Setiawangsa, Pengerusi dan Naib Pengerusi MPPWP Subzon 6 Parlimen Setiawangsa, Pengerusi Persatuan Penduduk PA Desa Rejang dan Pengerusi KRT Desa Rejang.
Penyampaian Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi telah disampaikan oleh Ahli Parlimen P118, YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad.