Galeri Foto

Photo Gallery

CERAMAH ISU KEBANKRAPAN DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM

21 Mac 2025

CERAMAH ISU KEBANKRAPAN DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM
Jabatan Insolvensi Malaysia( MdI) Cawangan Temerloh dengan kerjasama Pejabat Ukur Daerah Pahang Tengah – JUPEM (Temerloh) telah menganjurkan ceramah bertajuk “𝐈𝐬𝐮 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐤𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦” pada 21 Mac 2025 (Jumaat) bertempat di premis JUPEM Temerloh.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penjawat awam terhadap isu-isu kebankrapan serta memberikan pendedahan mengenai hak, tanggungjawab dan saluran bantuan yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Nor Hazalifah binti Zakaria, Ketua Cawangan MdI Temerloh dan dibantu oleh En. Ahmad Fariz dan Pn. Nurdiyana binti Abdullah dari Unit Komunikasi Korporat.

Seramai 45 orang kakitangan JUPEM Pahang Tengah hadir dan memberikan sambutan yang amat memberangsangkan!
MdI komited meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia.