Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

21 Mac 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 21 Mac 2025.

Kunjungan ini bertujuan:
✅ Memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek pentadbiran dan operasi
✅ Membincangkan pelaksanaan Sesi Libat Urus berkaitan penggubalan Rang Undang-Undang Insolvensi Rentas Sempadan (UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency) yang diadakan pada 24 Mac 2025.

Wakil MdI yang hadir:
• Puan Adibah Husna Binti Zainal Abidin (Pengarah Insolvensi Negeri Sarawak)
• Puan Salamah Binti Mohamad Nawei (Ketua Unit Likuidasi)
• Puan Suriyati Binti Ismail (Ketua Unit Penyiasatan dan Penguatkuasaan)
Turut hadir dari pihak Kerajaan Negeri Sarawak:
• YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki (Setiausaha Kerajaan Sarawak)
• YBhg Datu Mohamad Junaidi Bin Mohidin (Pengarah Unit Pentadbiran)
• Puan Sharifah Rohana Binti Datu Wan Alwi (Pengarah Unit Pembangunan dan Sumber Manusia)
• YBrs. Dr. Jady@Zaidi Bin Hassim (Peguam Kanan Negeri)

MdI selaku Sekretariat kepada CBI-REFORM-WC telah diberikan tanggungjawab untuk mengadakan sesi libat urus berkenaan cadangan penggubalan RUU Insolvensi Rentas Sempadan di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sesi libat urus juga akan disertai oleh pihak-pihak yang berkepentingan daripada Negeri Sarawak.