Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS BERSAMA AGENSI-AGENSI PERINGKAT PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI KE ARAH PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2025

21 Mac 2025

Sesi Libat Urus Bersama Agensi-Agensi Peringkat Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Ke Arah Penggubalan Rang Undang-Undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025

Dua sesi libat urus telah diadakan bersama bagi membincangkan penerimaan dan pelaksanaan Model Law on Cross-Border Insolvency (MLCBI) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem penyelesaian insolvensi di Malaysia.
Sesi libat urus yang pertama dilakukan di sebelah pagi dengan penglibatan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Sesi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah BHEUU, yang telah menyampaikan ucapan alu-aluan serta menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam pelaksanaan reformasi undang-undang ini. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Puan Azwarnida binti Affandi.

Sesi ini turut disertai oleh ahli ahli-jawatankuasa pakar (Expert Members) Prof. Aishah Bidin dan Prof. Dr. Hasani Bin Mohd Ali, ahli-ahli jawatankuasa kerja CBI-REFORM-WC, serta wakil-wakil daripada agensi persekutuan yang lain, termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC).
Di sebelah petang, sesi libat urus kedua telah dilakukan dengan penyertaan agensi agensi berkepentingan yang telah dihadiri oleh antaranya, wakil-wakil Kerajaan Negeri Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan Kedah
Pembentangan dibuat oleh YBrs. Encik Thiyagu Ganesan, Timbalan Ketua Pengarah (Reformasi Undang-Undang) BHEUU yang juga merangkap Pengerusi Cross-Border Insolvency Working Committee (CBI-REFORM-WC). Beliau turut disertai oleh Puan Azniza Mohd Ali, Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan, MdI.

Perbincangan memberi fokus kepada penyelarasan kerangka perundangan, memperkukuh kecekapan sistem kehakiman dalam menangani kes-kes insolvensi rentas sempadan, serta memastikan Malaysia terus selari dengan piawaian antarabangsa dalam amalan terbaik penyelesaian kewangan dan undang-undang.